01 May 2010

Blogger.com Tahun 1999

Blog atau juga dikenali sebagai web log ini ialah sebuah laman web yang popular pada zaman sekarang. Sapa yang tak pernah baca blog? Mungkin ada tapi tak ramai. Pengguna biasanya mengguna kan blog untuk menulis diari peribadi gitu. Ada juga pengguna menggunakan blog untuk menulis berita semasa, gossip-gossip terkini, info-info gitu.

Jom tengok sikit macam mana rupa Blogger.com yang dulu-dulu.

                                                           Blogger.com tahun 1999


Blogger.com Tahun 2000. Dah maju sikit


2005.


Brad Fitzpatrick, antara pengguna blog terawal.

*Pada yang rabun atau rabun2 ayam sila klik pada gambar untuk tumbesaran.

30 April 2010

Hard Disk Pertama Di Dunia

Gambar di bawah merupakan Hard Disk pertama yang dikeluarkan IBM pada September 1956 dengan title 305 RAMAC.





Tanggal 4 September 1956, IBM memperkenalkan hard disk pertama di dunia. Harganya lebih kurang $250.000 sekarang, dengan kemampuan 5 MB, atau hanya cukup untuk menyimpan satu lagu dalam format MP3. Bandingkan dengan hard disk zaman sekarang ada yang selebar 0,6 cm dengan kapasiti 400 GB. Berat hard disk tersebut lebih dari 1 ton. Huh. Bayangkan macamana kalau nak dibawa kehulu-hilir.

IBM 305 RAMAC (Random Access Method of Accounting and Control) 1956
1. Kapasiti                                          : 4.8 MB
2. Kecepatan rotasi                             : 1.200 rpm
3. Harga Sewa                                    : $3.200 per bulan (1957)
4. Pengguna bisnes pertama                 : Chrysler’s MOPAR Division (1957)
5. Jumlah unit yang pernah diproduksi  : Lebih dari 1000 unit hingga tahun 1961



Hard disk zaman sekarang ~

29 April 2010

Dewan Yang Seakan Hogwarts

Motif gambar ni? Takde keje. Tapi tengok gambar ni teringat dewan besar Hogwarts dalam filem Harry Potter. Memang hampir sama. Foto-foto di bawah ni memperlihatkan betapa besarnya sebuah dewan makan di Harvard University,America.



*Berbeza betul dengan Universiti kat Malaysia. Hahaha 

11 April 2010

Peringkat-peringkat Hacker


 Lamer


Mereka adalah orang tanpa pengalaman dan pengetahuan yang ingin menjadi Hacker (wanna-be Hacker). Mereka biasanya membaca atau mendengar tentang Hacker dan ingin menjadi seperti itu. Penggunaan komputer mereka terutama untuk main game, IRC, tukar menukar software prirate, mencuri kad kredit. Biasanya mereka melakukan hacking menggunakan software trojan, nuke dan DoS. Biasanya menyambungkan diri melalui IRC channel dsb. Golongan ini banyak kekurangan untuk mencapai tahap elite, biasanya mereka hanya akan sampai level developed kiddie atau script kiddie saja.



Script Kiddie


Seperti developed kiddie, Script Kiddie biasanya melakukan aktiviti di atas. Seperti juga Lamers, mereka hanya mempunyai pengetahuan technical networking yang sangat minima. Biasanya tidak lepas dari GUI. Hacking dilakukan menggunakan trojan untuk menakuti & amp; bagi menyusahkan hidup sebahagian pengguna Internet.


Developed Kiddie

Sebutan ini terutama kerana umur kelompok ini masih muda/masih sekolah. Mereka membaca tentang hacking dan caranya di berbagai kesempatan. Mereka mencuba pelbagai sistem sehingga akhirnya berhasil dan memproklamirkan kemenangan ke lainnya.Umumnya mereka masih menggunakan Grafik UserInterface (GUI), baru belajar basic dari UNIX, tanpa mampu menemui kelemahan baru di dalam sistem operasi.

Semi Elite

Hacker ini biasanya lebih muda daripada Elite.Mereka juga mempunyai kemampuan & pengetahuan luas tentang komputer. Mereka mahiri tentang sistem operasi (termasuk lubangnya). Biasanya dilengkapi dengan sejumlah kecil program cukup untuk mengubah program eksploitasi. Banyak serangan yang dipublish dilakukan oleh Hacker kaliber ini.




Elite


Juga dikenali sebagai 3l33t, 3l337, 31337 atau kombinasi dari itu. merupakan hujung tombak industri keamanan jaringan. Mereka mahir sistem operasi luar dalam, sanggup mengkonfigurasi & menyambungkan jaringan secara global. Sanggup melakukan pemrogramman setiap hari. Sebuah anugerah yang sangat alami, mereka biasanya effisien & trampil,menggunakan pengetahuannya dengan tepat. Mereka seperti makhluk halus, dapat memasuki sistem tanpa di ketahui, walaupun mereka tidak akan menghancurkan data-data. Kerana mereka selalu mengikuti peraturan yang ada.

09 April 2010

Perbezaan Antara Mentega,Margarine, Dan Butter

Mentega


Berasal dari lemak haiwan. Mentega yang dibuat dari lemak haiwan biasanya mengandung lebih banyak lemak jenuh a.k.a saturated fats (66%) dibanding lemak tak jenuh a.ka unsaturated fats-nya (34%). Lemak jenuh ini biasanya berhubungan dengan tingginya kadar kolesterol dalam tubuh. Mentega biasanya mengandung vitamin A, D, protein dan karbohidrat.

Margarine




Margarin berasal lemak tumbuh-tumbuhan. Margarine dibuat dari minyak tumbuh-tumbuhan yang di hydrogenasi (atom hidrogen ditambahkan ke minyak). Dalam proses tersebut biasanya juga akan terjadi perubahan struktur beberapa polyunsaturated fatty acids (asam lemak tak jenuh) menjadi "trans fatty acids". Menurut para peneliti, "trans fetty acids" ini aksinya mirip sekali dengan lemak jenuh/saturated fats.


 Dikatakan mungkin trans fetty acids ini memiliki kemungkinkan terhadap kontribusi di kejadian tekanan darah tinggi dan heart disease. Para peneliti biasanya memberikan tips agar memilih produk margarin yang lebih lembut dan konsistensinya mirip sekali dengan liquid. Dengan memilih produk margarin seperti ini diharapkan kandungan trans fetty acids-nya dapat diminimalisir. Margarin biasanya diperkaya dengan vitamin A dan beberapa vegetables oil adalah sumber vitamin E.


Butter 




Butter berasal dari cream (susu). Biasanya kandungannya hanya cream dan salt (untuk salted butter). Kerana bahan dasarnya cream, maka bila disimpan lama di suhu ruang akan lumer.

Semua jenis fat baik dari mentega, margarin mahupun butter biasanya tetap didefinisikan sebagai produk berkalori tinggi. Kerana dianjurkan untuk seminimal mungkin dikonsumsi. Beberapa produsen margarin dan butter juga ada yang memodifikasi sedemikian rupa sehingga tercipta produk yang agak "rendah kalori".

*Ini bukan band Butterfinger.

Pages