17 March 2010

Sedikit Fakta Tentang Muzik ♫


-Im A Cranky Old Yank In A Cranky Old Tank On The Street Of Yokohama With My Honolulu Mama,  Doing Those Beat-O-Flat-On-My Seat, Hirohito Blues adalah tajuk lagu terpanjang didunia yang dicipta oleh Hoagy Carmichael pada tahun 1943 dan telah disenaraikan di dalam Guinness Book of Records.
*Buang tebiat ke Mr.Carmichael ni buat tajuk lagu pepanjang?

-Video klip Billie Jean adalah video klip milik artis berkulit hitam pertama yang ditayangkan di MTV
*Bille Jean, is not my lover, oh! oh!

 -Georg Solti adalah penerima Grammy Award yang terbanyak sekali dengan 31 anugerah
*Wah,banyak.Buat jual timbang besi buruk pun untung.
 
-Single yang paling meletup sekali didunia ialah Candle in the Wind 1997/Something About the Way You Look Tonight nyanyian Elton John pada tahun 1997 dengan jualan sebanyak 37 Juta.
*Elton John juga meletup dgn kisah gay.
 
-Musician yang paling berjaya didunia ialah The Beatles
*Jadi siapakah pula musician yg paling gagal?
   
-Ahli kaji purba telah menemui alatan muzik tertua berusia 30,000 tahun. 
*Jadi siapakah pula ahli muzik tertua?

-Pengunaan chord mula digunakan di awal abad ke 18.
*Jadi siapakah pula pencipta chord terawal?

-Orang mula menghayati muzik nyanyian di sekitar tahun 1760.
*Orang mula menghina pemuzik selepas menghayati filem P.Ramlee,'Ibu Mertuaku'..Haha..

-Konduktor hanya wujud lebih kurang 100 tahun yang lalu.
*Konduktor bas pula wujud sejak bila?

-Muzik di Afrika selalunya dikaitkan dengan tarian sebaliknya di timur tengah di kaitkan dengan drama
*Muzik di Malaysia pula sering dikaitkan dgn rancangan realiti.
 
 -Violin yang terbaik dibuat di sekitar kurun ke 16 dan 17 di Italy oleh Stardivari,Guarneri dan keluarga Armati.
*Violin yang termahal pula terdapat di Malaysia.Sebab cukai2 barangan kat Malaysia ni memang semua tinggi2!
 
-Dalam muzik era Bach panjang sebuah Trumpet adalah di antara 7 hingga 8 kaki, tidak seperti era Haydn, Mozart dan Beethoven di mana Trumpet bentuknya seperti sekarang.
*Trumpet dan drum adalah alat muzik yg boleh menghasilkan bunyi yg bakal mengundang kemarahan jiran2.

-Trombone mula dicipta 600 tahun dahulu dengan nama asalnya ialah Sackbut.
*Teringin nak main Trombone.

-Beethoven (1770-1827) merupakan orang yang pertama membawa masuk alat Trombone ke dalam orkestranya untuk penghasilan kesan bunyi yang lebih kuat dalam karyanya.
*Gigih betul Beethoven ni.

-Ahli muzik merupakan ahli yang paling tidak disenangi. Kerana sering mengganggu dengan bunyi-bunyian bising.
*Ini fakta sendiri. Haha..

3 comments:

  1. *Bille Jean, is not my lover , oh ! oh !----> teringat kat criter JGN PANDANG BLKANG CONGKAK. ahahha.. bgoleng2 gelak! uhuk.. uhuk...

    ReplyDelete
  2. buang tabiat da letak tajuk lagu pnjg2..

    jgn pndg blkg congkak besh!

    ReplyDelete
  3. biasa laa eyes.. masuk air kot!

    ReplyDelete

Pages