14 March 2010

Fakta Pelik-Pelik #1

-Raja Louis XIX memerintah Perancis selama 15 minit sahaja.
*Tak tau nak simpati ke nak gelak.

- Pada kurun ke 16 orang Philipina menggunakan 'yo-yo' sebagai senjata perang.
*Teringat dulu2 main perang2 guna yo-yo sebagai bom tangan. 

-Canada adalah perkataan Red Indian yang bermaksud "Lembah Besar"
*Bercanda dikala orang lain sedang serius pula bakal menerima 'Lempangan Bahana'.

-Pada tahun 1984, peladang Canada menyewakan badan lembu mereka untuk ruang iklan .
*Zaman sekarang orang pakai Nuffnang jer.

-Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera.
*Membuktikan kebesaran Tuhan.

-Ada sebuah tempat di Francis yang bernama "Y"
*Ini mungkin dah habis idea langsung.

-Amerika beli Alaska dengan harga 2 sen seekar dari Russia
*Murah gila.Gula2 hacks pun mahal lagi dari Alaska.

-King George I di England tidak boleh berbahasa Inggeris. Beliau di besarkan di Jerman.

*Jadi bahasa Jerman dia boleh cakap tak?Kalau tak tu lagi kacau la. 

-Komik kartun Donald Duck pernah diharamkan di Finland kerana ia tak pakai seluar.
*Alah bukannya nampak benda-benda yang tak patut pun

-Vatican City adalah negara terkecil di dunia dengan penduduk 1000 orang dan bersaiz 108 ekar.

*Mesti penduduk2 kat situ dah kenal dan hafal semua org dalam negara tu.

-Di Jepun, ada tembikai yang berbentuk empat segi.


2 comments:

Pages