15 March 2010

Fakta Pelik-Pelik #2

-Mengikut buku Guiness Book of Records, restoran yg menyediakan hidangan terpantas di dunia ialah restoran Karne Garibaldi di Guadalajara, Mexico. Pesanan makanan anda akan sampai dalam masa 13 saat.
*Kalau restoran kat Malaysia, sempat tidur mimpi dalam 2,3,episod sementara nak tunggu makanan siap. 

-Roller Coaster yang terpantas di dunia ialah di West Millen, Pennsylvania, Amerika dengan kelajuan 129 km sejam.
*Pantas Roller Coaster ni, agak2 boleh sampai mana? Bulan. bintang, atau ekspres trus ke alam barzakh?

-Penaip terpantas di dunia menaip 211 perkataan seminit.
*Kalau dia jadi pemain piano nescaya boleh jadi legend.

-Bandaraya moden yang pertama di dunia yg mencapai penduduk 1 juta org ialah London pada tahun 1811
*Tak heran. Kuala Lumpur pulak adalah bandaraya terkuno di dunia. Uols mampu? haha..  

-Kebanyakan orang mempunyai tahap IQ 90 - 109, William James Sidis disahkan sebagai manusia yang punyai IQ tertinggi di dunia iaitu diantara 250 - 300. Pada usia 18 bulan beliau boleh membaca akhbar New York Times. Pada usia 2 tahun dia belajar bahasa Latin, pada usia 3 tahun dia belajar bahasa Greek. Setelah dewasa dia boleh menguasai lebih 40 bahasa di dunia. Dia menghabiskan sebahagian besar hidupnya
dengan bertukar kerja dari satu tempat ke satu tempat sebagai kuli biasa.
*Jadi apa motif dia belajar banyak bahasa? Tak faham bahasa betul la dia ni.. 

-Syarikat keretapi India mempunyai perkerja teramai di dunia,iaitu lebih sejuta pekerja.
*Kalau semua pekerja dia mogok alamat lingkup tak bergerak la negara India.

-Permainan Monopoly yang paling lama ialah selama 660 jam.
*Ni mesti kes sume tak nak mengaku kalah ni. hehe..

-Misai terpanjang di dunia ialah 133 1/2 inci yg dimiliki oleh Kalyan Ramji Sain.
*Sesape yang jeles boleh la gi potong misai dia memalam nanti.  

-Nama yang paling banyak digunakan di dunia ialah Mohammad
*Sekarang ni dah tak pasti sebab ramai yang pakai nama pelik2 dah.

-Perkataan 'Good-bye' asalnya dari perkataan 'God be with you'
*Kalau camtu adakah 'Bye-bye' bermaksud 'Be with you - be with you??

-Perkataan utk polis 'Cop' berasal dari perkataan 'Constable of Patrol' di England.
*Kalau macam tu, Rakan cop bermakna Constable Of Patrol's Friend la?

5 comments:

Pages