16 March 2010

Fakta-fakta Tentang Mr. Squarepants


Hehe..Takde kerja buat entry pasal Spongebob. Maklum la, dah kehabisan idea.
Siapa yang tak kenal SpongeBob, span kuning yang klaka ni? Mesti semua orang dah kenal span kuning ni. Siapa yang betul-betul tak kenal tu buat-buat je la kenal. Sponge kuning ini adalah hasil ciptaan Stephen Hillenburg. Spongebob pada asalnya diberi nama Spongeboy. Tetapi nama itu telah digunakan oleh pihak yang lain. Jadi Stephen Hillenburg telah menukarkan nama watak rekaan dia ni jadi Spongebob Squarepants.

Di sini ada sedikit fakta mengenai Spongebob ;

-SpongeBob dirancang pada awalnya untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 11 tahun. Akan tetapi, ternyata film itu juga telah menarik penonton dewasa usia 18 hingga 50 tahun. Sebuah kajian menyatakan 40 peratus dari 1 juta penonton SpongeBob berusia di atas 16 tahun .

-Kenal Mr Krabs kan? Dia merupakan bos kepada Spongebob di burger Kraby Patty. Ceritanya, selepas perang, Mr Krabs mengalami depresi berat. Kemudian dia membeli sebuah rumah penjagaan, The Rusty Krab. Berkat kerja keras dan segala usahanya, Krusty Krab pulih kembali dan menjadi kedai burger paling popular di bawah laut.

-Menurut episod "Sleepy Time" . Usia Mr Krabs adalah 62 tahun. Nombor SIM-nya: A5265661 Tarikh lahir: 30 November 1942 Alamat: 3541 Anchor Way, Bikini Bottom . Dia mempunyai binatang kesayangan bernama Mr Doodles.

-Tarikh lahir SpongeBob adalah 14 Julai 1986. Jadi sekarang usia Spongebob adalah hampir 24 tahun. Surat Izin Mengemudi (SIM) pernah muncul di episode "Sleepy Time" dan "No Free Rides." Dalam dua episod itu nombor SIM-nya adalah A1356021. Alamat SpongeBob ialah 124 Conch St. Bikini Bottom .

-Stephen Hillenberg, pernah mendalami pengajian sumber marin di Universiti Humboldt, California. Hillenberg juga pernah mengajar biologi marin di Orange County Marine Institute, California dan kemudian mengambil program master dalam animasi percubaan di Institut Seni California. Pengalaman dan hobi itulah yang kemudian melahirkan kartun SpongeBob SquarePants pada tahun 1996.

Suara Spongebob datang dari encik Tom Kenny ni lah.


Bikini Bottom, tempat tinggal Mr.Squarepants.

Spongebob The Movie

Anugerah-anugerah yang diterima ;

-2000 Golden Reel Award Best Music Editing in Television Animation
-2000 Golden Reel Award Best Sound Editing in Television Animation
-2001 Golden Reel Award Best Sound Editing in Television Animation
-2002 Golden Reel Award Best Sound Editing in Television – Animation
-2003 Golden Reel Award Best Sound Editing in Television Animation — Music
-2003 Golden Reel Award Best Sound Editing in Television Animation
-2003 Kids' Choice Awards Favorite Cartoon
-2004 Golden Reel Award Best Sound Editing in Television Animation — Music
-2004 Kids' Choice Awards Favorite Cartoon
-2005 Annie Awards Best Animated Television Production
-2005 Kids' Choice Awards Favorite Cartoon
-2006 Annie Awards Best Writing in an Animated Television Production
-2006 Kids' Choice Awards Favorite Cartoon
-2007 Kids' Choice Awards Favorite Cartoon
-2008 Philippines Kids' Choice Awards Favorite Cartoon
-2009 Kids' Choice Awards Favorite Cartoon
-2009 Teen Choice Awards Choice TV Animated Show


5 comments:

  1. salam..
    info menarik nie..sy pun suka citer nie,mmg bleh gelak sesoranglah kalo tgk..
    1st time tgk tuan punya suara spongebob..
    thanks for sharing.

    htp://my-senseaddress.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. err.. spanbob yg melayu tu suara sape eh? suka sangattttt spanbob! :D

    ReplyDelete
  3. yang melayu tuh entah laa . hehe :) :)

    ReplyDelete
  4. SepanBob sangat chumillll!!!

    ReplyDelete

Pages