01 March 2010

Tarikh Kiamat Jatuh Pada 21/12/2012 ??



Mengikut fakta pada 21 Disember 2012 akan berlaku satu peristiwa huru hara dan gempa bumi yang amat dahsyat dan belum pernah disaksikan dalam sejarah hidup manusia dimuka bumi ini. Pada waktu itu bulan, bintang, planet dan segala cakerawala akan bertembung antara satu sama lain. Letupan ngeri di angkasa raya itu diikuti pula dengan kejadian bintang serta planet-planet meluru jatuh menghentam ke bumi. Akan kedengaran bunyi letupan dan suara jeritan disetiap penjuru bumi. Mayat-mayat bergelimpangan, api menjulang disana-sini, haiwan bertempiaran lari menyelamatkan diri daripada hentaman bintang dan cakerawala yang tiada kesudahannya ketika itu. Malapetaka itu teramat dahsyat dan akhirnya bumi berkecai sehingga menjadi serpihan debu-debu yang berterbangan. Jangan harap ada satu pun nyawa yang akan terselamat.

Begitulah gambaran tentang hari kiamat yang diramalkan oleh satu etnik purba yang digelar sebagai kaum mayan. Mereka ini percaya bahawa kiamat yang digambarkan itu akan berlaku pada 21 Disember 2012 mengikut kalendar kuno kaum tersebut .

Tetapi...Benarkah ramalan-ramalan itu? Siapa pula sebenarnya puak maya ini? Mengapa ramalan ini begitu terkenal sehingga menjadi tajuk perbualan dikalangan ahli bijak pandai termasuk saintis-saintis barat?

Ok,kaum maya merupakan satu komuniti yang hidup di Selatan Mexico dan Utara Amerika Tengah. Tamadun mereka bermula sekitar 4,000 tahun dahulu dan amat terkenal dalam bidang astronomi, arkitektur, kejuruteraan, seni dan matematik. Dan sehingga ke hari ini keturunan daripada kaum maya masih lagi hidup dan mengamalkan budaya yang telah mereka warisi sejak ribuan tahun lalu.

Ramalan-ramalan kaum maya ini memang menjadi perhatian para-para saintis barat kerana mereka mempunyai kepakaran dalam bidang falak. Malah kaum ini juga mempunyai kalendar sendiri dalam menghitung hari, bulan, dan tahun. Dan melalui kalendar itulah mereka meramalkan bahawa planet bumi ini akan musnah pada 21 Disember 2012, yakni dalam angka 21122012. Bagi menzahirkan keyakinan itu maka segala ramalan serta hitungan kalendar tersebut telah tersebar luas di internet. Ini menyebabkan cerita cerita tentang ramalan itu menjadi topik yang hangat dibicarakan dikalangan masyarakat antarabangsa, pelbagai laman web diwujudkan, malah kajian-kajian juga dilakukan untuk menyokong ramalan tersebut.

Antara golongan bijak pandai barat yang menyokong ramalan tersebut ialah seorang penulis berketurunan yahudi amerika yang bernama Lawrence E. Joseph. Di dalam bukunya yang bertajuk APOCALPYSE 2012, Lawrence menyatakan bahawa tidak lama lagi akan terjadi satu bencana besar sehingga menyebabkan bumi ini musnah sama sekali.
Ini disambut pula oleh beberapa fakta daripada saintis-saintis barat lain yang mengatakan pada tahun tersebut diramal akan terjadi satu badai matahari yang amat dahsyat. Badai ini akan membawa suhu panas yang amat luar biasa ekoran atmosfera bumi yang menjadi semakin tipis. Ribut matahari ini akan menyebabkan bumi menjadi teramat panas,bacaan suhu yang melampau sehingga bongkahan ais di kutub utara dan selatan menjadi cair.
Pada waktu yang sama, akan berlaku ribut taufan yang amat dasyat dan diiringi dengan tsunami. Kejadian ini juga akan mengakibatkan medan magnet yang sekian lama berfungsi sebagai pertahanan utama bumi daripada radiasi sinar matahari mulai retak.

Beberapa cendekiawan dari University Berkeley seterusnya mengimbas kembali zaman-zaman dinosaur yang telah punah akibat hentaman asteroid raksasa kira-kira 65 juta tahun silam. Menurut kitaran masa yang telah diperhitungkan secara ilmiah, mereka berpendapat kitaran untuk kemusnahan bumi secara besar-besaran seperti yang berlaku pada 65 juta tahun dulu, kini hampir berulang kembali.

Gunung berapi Yellowstone di Wyoming,US yang memiliki letupan dahsyat setiap 600 hingga 700 ribu tahun juga dikatakan sedang menunggu masa untuk meletus kembali. Para saintis menjangkakan bahawa Yellowstone akan memuntahkan laharnya pada tahun 2012. Selain daripada ramalan puak maya, sebuah kitab kuno dari negara China yang bertajuk I CHING turut menjangkakan bahawa 2012 merupakan tahun yang akan terjadinya satu bencana besar di planet bumi, bagaimanapun tarikh sebenarnya tidak nyatakan.

Tapi..Kita sebagai umat Islam tak boleh percaya sangat benda-benda macam ini. Harap anda masih beriman.
Nah, baca ni -

Firmannya ;
MEREKA BERTANYA KEPADA MU(WAHAI MUHAMMAD) TENTANG HARI KIAMAT,BILAKAH MASA DATANGNYA?KATAKANLAH, SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN MENGENAINYA HANYALAH ADA DI SISI TUHANKU, TIDAK ADA SESIAPAPUN YANG DAPAT MENERANGKAN KEDATANGANNYA PADA WAKTU NYA MELAINKAN DIA. (HURU HARA) HARI KIAMAT ITU AMATLAH BERAT LAGI MENGERUNKAN MAKHLUK MAKHLUK YANG ADA, DILANGIT DAN JUGA DIBUMI, IA TIDAK DATANG KEPADA KAMU MELAINKAN SECARA MENGEJUT. MEREKA BERTANYA KEPADAMU SEOLAH-OLAH ENGKAU SEDIA MENGETAHUINYA, KATAKANLAH, SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN MENGENAI HARI KIAMAT ITU ADALAH DISISI ALLAH TETAPI KEBANYAKAN MANUSIA TIDAK MENGETAHUI
 (SURAH AL A’ARAF AYAT 187)

1 comment:

Pages